|
|
![]()  |
|
| |
Message
 |
Puan Fully Chye Pengerusi |
Pada waktu dahulu, semasa saya melihat wanita menjahit, hati saya sangat kagum dengan mereka. Saya sentiasa berasa bahawa mereka mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang penuh dengan sifat kelembutan dan kesopanan. Oleh itu, hati dalamku juga mengharapkan sikap kelembutan seperti wanita ini.
Saya berterima kasih kepada Tuhan. Disebabkan syarikat membuat keputusan untuk menjual mesin jahit, barulah saya berpeluang menceburi diri dalam bidang seni jahitan. Dalam dunia seni jahitan, saya dapat menikmati kepuasan yang tidak dapat dirasai seperti dalam bidang perniagaan. Dalam dunia seni jahitan, saya dapat membuktikan kreativiti dan sifat kehalusan diri sendiri. Kejayaan ini tidak sama dengan kejayaan dalam bidang perniagaan. Ini disebabkan kejayaan perniagaan adalah kejayaan bersama setiap rakan seperjuangan. Manakala kejayaan dalam seni jahitan adalah kejayaan usaha diri sendiri melalui setiap titik jarum benang. Setiap kali selepas menyiapkan satu artikal, saya akan memerhatikannya dengan teliti dan melalui langkah ini, saya akan mendapat idea baru lagi. Idea baru ini mendorong saya terus berusaha untuk jahitan projek seterusnya. Proses ini amat bermakna terutamanya apabila kita sedang berusaha menghasilkan artikel untuk saudara kita yang tersayang. Setiap jahitan adalah kiriman salam kita. Amat harap setiap ahli VIP Epal dapat bersama-sama kongsi kebahagiaan ini. Dengan melalui jahitan, kehidupan kita akan lebih bermakna. Jahit sayang, jahit harapan.
Di Epal, 24 jenis projek yang direka khas adalah menitik berat kemahiran, kesenian dan kegunaan projek berkenaan. Kami harap 24 jenis projek ini dapat memenuhi citarasa setiap ahli VIP.
Jika anda memasuki Epal disebabkan minat, 24 jenis projek ini tentu dapat memberikan anda satu kepuasan dan membolehkan kehidupan anda penuh dengan kreativiti.
Jika anda memasuki Epal disebabkan kemahiran, 24 jenis projek ini tentu dapat memberikan anda berkeyakinan untuk menghadapi rintangan hidup pada masa akan datang. Wanita yang berdikari, berproduktiviti dan beryakinan seumpama sebiji bintang yang sedang menghasilkan cahaya terang pada waktu malam. |
|
|
|
|