|
Kempen Wanita Malaysia Boleh Kempen ini telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Perpaduan Negara, selaku Pengerusi LPPKN, Datin Paduka Zaleha Ismail di Stadium Negara dan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Padikar Amin Bin Hj Mulia. Seramai 510 peserta dari pelbagai persatuan dan daerah telah menyertai pertandingan menjahit bag tangan wanita. Projek ini telah disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia sebagai kumpulan menjahit yang terbesar di Malaysia
Kempen Membantu Pelarian Afganistan Selepas berlakunya peristima 911, warga Afganistan telah menjadi mangsa serangan Amerika. Epal telah bekerjasama dengan Perkep (Persatuan Keluarga Polis, Polis Diraja Malaysia) untuk menjahit selimut sebagai suatu sumbangan amal untuk didermakan kepada pelarian yang bakal menghadapi musim sejuk.
Derma Ikhlas Untuk Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Usaha Epal mengumpul derma berbentuk tunai hasil jahitan kraftangan Ahli VIP Epal adalah suatu projek sampingan yang dapat meringankan beban kewangan yang kini dihadapi oleh beberapa badan-badan kebajikan. Ini adalah sejajar dengan hasrat untuk mengiringi kejayaan syarikat dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang sejati.
Program Pembangunan Usahawan Wanita Epal juga aktif menganjurkan pelbagai projek bina insan, termasuklah kursus bina diri, kursus pengurusan perniagaan, kursus kepimpinan dan lain-lain untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri. Semua kursus ini dikendalikan di hotel-hotel terkemuka dan kos penceramah adalah ditaja sepenuhnya oleh syarikat.
Kempen Kesedaran Menjahit Kempen ini dijalankan dengan cara menganjurkan kursus menjahit percuma kepada kaum wanita khususnya di kawasan luar Bandar. Ia dijalankan secara rumah ke rumah, di balai raya, hotel-hotel terkemuka dan kerjasama persatuan atau pertubuhan politik. Pihak Epal menaja mesin jahit dan tenaga pengajar dan pihak penganjur hanya perlu menyediakan tempat dan mengumpulkan ahli-ahlinya.
Kempen Masih Ada Yang Sayang Kempen ini telah dijalankan mulai February 2005 hingga Ogos 2005 diseluruh Malaysia termasuk Sabah. Tempat-tempat yang pernah mengajurkan Kempen Masih Ada Yang Sayang adalah: Kota Kinabalu, Keningau, Ranau, Sandakan, Tawau, Lahad Dato dan Labuan di Negeri Sabah manakala di Semenanjung adalah: Johor, Seremban dan Kuala Lumpur. Maklamat dan objektif Kempen ini adalah melalui kempen ini kita akan mengkumpulkan derma daripada orang ramai dan wang yang dikutip akan didermakan kepada Persatuan Barah Malaysia untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan kasih sayang dan perhatian orang ramai. |
Mencatat Buku Recod Malaysia 2002 Rekod ini telah berjaya menghasilkan 5008 bag tisu dalam masa satu setengah jam. Seramai 759 ahli VIP bersama ahli keluarga telah melibatkan diri dalam projek ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Siti Zaleha Ismail, Menteri Pembangunan Social dan Perpaduan Negara. Hasil jahitan telah dijual dan wang yang dikumpul diderma kepada badan-badan kebajikan. Ini adalah kali kedua Epal mencatat nama dalam Buku Rekod Malaysia.
Kempen Tentera Jiwa Waja Berjiwa Seni Projek ini telah dijalankan dengan usahasama Pasukan Tentera sempena dengan Hari Tentera 2002. dalam projek ini, askar wanita telah diberi pendedahan tentang seni menjahit dan masing-masing telah berjaya menyiapkan projek yang telah dimandatkan.
Kempen Kerjaya Menjahit Untuk Orang-Orang Cacat Kempen ini telah dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Orang-orang Cacat Wilayah Persekutuan. Mereka yang cacat mempunyai prospek yang cerah dalambidang kesenian amnya, Kempen Kerjaya Menjahit Untuk Orang-Orang Cacat Kempen ini telah dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Orang-orang Cacat Wilayah Persekutuan. Mereka yang cacat mempunyai prospek yang cerah dalambidang kesenian amnya, dan jahitan khasnya. Hasil dari program ini, ramai orang-orang yang cacat anggota telah mengambil ikhtibar untuk mendirikan kerjaya menjahit mereka.
Pertandingan Menjahit Kraftangan Beberapa siri pertandingan telah dijalankan dengan jayanya dan ramai peserta telah menonjolkan bakat dan kebolehan mereka. Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai dan hadiah-hadiah yang lumayan telah disediakan.
Pameran Kraftangan dan Seni Sulaman Pihak Epal juga menjalankan pameran kraftangan serta hasil sulaman khasnya untuk membuka mata warga Malaysia terhadap kreativiti menjahit. Usaha ini telah berjaya memberi kesedaran serta dorongan kepada golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang jahitan.
Program Keabadian Kasih Sayang Melalui Pendidikan Program ini telah berlangsung pada 6-12 December 2004 di Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah dan dirasmikan oleh Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah Bte Awang Japar pada 7 December 2004 dan ramai wakil-wakil dari jabatan kerajaan. Maklamat program ini adalah untuk mengumpulkan duit dari orang ramai dengan tujuan mengadakan perpustakaan kecil di tempat-tempat yang terpencil di Sabah. Maklamat adalah untuk mengumpul RM80,000 untuk mengadakan 10 perpustakaan kecil di kawasan yang dipilih dan setiap perpustakaan akan memerlukan RM8,000 untuk membeli buku, peralatan, meja, kerusi dan sebagainya. Untuk menjayakan program ini, pihak Mostwell Sdn. Bhd. akan mengupah seorang remaja di tempat untuk bertanggungjawab untuk menganjurkan berbagai aktiviti-aktiviti seperti pertandingan melukis, bercerita, ejaan dan lain-lain supaya setiap budak di kawasan kampung betul-betul bermakfaat daripada sumbangan orang ramai. Supaya untuk menjayakan program ini, program ini akan dijalankan seluruh Sabah dan Semenanjung. |