|
Tentatif Majlis Konvensyen 2010
Penyampaian Anugerah
Anugerah Tokoh Wanita Anugerah Pelajar Cemerlang (Anak-anak PHBB) Anugerah Penghargaan Tenaga Pengajar Anugerah Penghargaan Penyokong KDSM
Pameran Membuka Minda
Ayuh, bukalah minda anda untuk lebih kreatif dalam menjana pendapatan keluarga. Menerusi bidang jahitan, bukan sahaja menjahit pakaian dan keperluan rumah yang boleh memberi sumber kewangan tambahan kepada anda, tetapi juga pelbagai jenis kraf yang kreatif yang pastinya menarik minat ramai orang. Sertailah pameran-pameran yang telah diinspirasikan dari luar negara ini yang dibawakan khas untuk para VIP. Bukakan minda anda dengan idea-idea yang kami bawakan.
1. Sudut Bayi
2. Sudut Kraftangan +Fab
3. Sudut Felt Craft
4. Sudut Kanak-Kanak
5. Sudut Ibu & Anak
6. Sudut Ya Yi (Kraf yang dibawakan dari Jepun)
7. Sudut Mesin Jahit
8. Sudut EPAL
Kursus Jahitan: Memberi Idea Menjana Pendapatan
Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempelajari sesuatu yang baru. Terdapat lapan jenis kursus kesemuanya sebagai kemahiran tambahan.
1. Baby Bib & Shoes
Menjadi budaya di Negara Jepun, tidak kira apa jua status seorang ibu itu samada wanita yang berkerjaya professional atau sebaliknya, mereka lebih cenderung menjahit sendiri keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bagi mereka, ianya lebih bermakna dan lebih menunjukkan kasih sayang yang tulus ikhlas daripada seorang ibu. Ini bukanlah untuk menafikan bahawa ibu-ibu di Malaysia tidak menyayangi anak-anak mereka. Kami di EPAL cuma ingin memberikan anda sesuatu konsep yang baru dalam menzahirkan kasih sayang. Ianya tidak terhad untuk ibu kepada anak sahaja, anda juga boleh menjahitnya sebagai hadiah untuk anak-anak kenalan atau mungkin juga buat cucu kesayangan!

2. Kek (Felt Craft)
Chika Kasuya, antara seorang guru kraftangan Felt yang terkemuka di Jepun. Beliau juga merupakan murid Ms Mariko Emi, penulis buku kraftangan Felt yang popular di sana. Jangan lepaskan peluang ini untuk menuntut seberapa banyak ilmu yang boleh dalam bidang ini. Selain dijadikan sebagai hobi, anda juga boleh menjana pendapatan dengan kraftangan Felt yang pastinya comel dan dapat menarik perhatian mata-mata yang memandang. Evolusi Felt ‘Cake’ ini sedang tersebar luas di seluruh dunia. Pastikan anda tidak ketinggalan!

3. Arm Bolero
Pelajari teknik-teknik mudah untuk menghasilkan Arm Bolero ini dengan hanya menggunakan mesin jahit tepi My Lock 744 D. Kualiti yang seiring dengan kuantiti. Walaupun masa yang singkat diperlukan untuk menghasilkannya, namun ia tetap kelihatan berkualiti tinggi. Ringkas, tetapi sangat menarik!

4. Organdy Lace
Pelajari kehebatan MC 350 E dan MC 6500 P ini yang dapat menukarkan kain organza biasa menjadi Lace yang sangat cantik! Tentunya ia lebih menjimatkan sekiranya anda dapat menghasilkan sendiri lace ini. .
5. Tekat Emas & Applique
Tenaga pengajar daripada EPAL akan menerangkan secara terperinci mengenai cara-cara menggunakan mesin MB4 ini untuk membuat appliqué dan juga tekat emas. Menerusi kursus ini juga, para peserta akan didedahkan dengan idea-idea hiasan appliqué dan tekat emas ini.

6. Sleeveless Dress
Dress yang mengikut trend terkini. Sesiapa sahaja boleh menggayakannya jika kena dengan caranya. Disulam hias menggunakan corak-corak mesin, pastinya sulaman yang dihias menjadi penambah nilai kepada dress yang sedia cantik ini.
7. Beg Hi-Tea
Berbentuk seakan-akan beg hobo, beg yang bertangkai bulat ini sangat comel sebagai beg tangan yang ringkas, juga boleh dibuat sepasang dengan fabrik dress. Cantik, ringkas serta elegan untuk digayakan ke Majlis Minum Petang.
8. Silver Art
Kerongsang yang diperbuat daripada perak ini sememangnya diminati ramai. Melalui kursus seni Perak, anda akan diajar langkah demi langkah untuk menghasilkan sendiri kerongsang ini beserta penambahan kristal sebagai aksesori yang melengkapkan keindahan kerongsang.

9. Kursus Tapak Semai Usahawan
Bertujuan memberi idea dan tunjuk ajar kepada para usahawan dengan kemahiran jahitan bagi menjalankan perniagaan mereka dengan modal yang rendah di Flea market. Juga demonstrasi untuk projek-projek jahitan yang ringkas serta mempunyai sambutan, yang boleh dijalankan semasa Tapak Semai Usahawan berlangsung.

|