|
Pusat Latihan Kraftangan Epal

Pusat Latihan Kraftangan Epal telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan misi untuk menyebarkan ilmu menjahit kepada setiap warga Malaysia. Perniagaan yang diceburi oleh Pusat Epal adalah menjual mesin jahit yang berjenama Epal dan menawarkan kursus yuran percuma 12 bulan untuk semua pelanggan yang menjadi ahli VIP. Kini, cawangan Pusat Latihan Kraftangan Epal telah merangkumi diseluruh Malaysia termasuk Sabah dengan 14 buah Pusat Epal yang dilengkapi dengan kemudahan seperti mesin jahit untuk ahli VIP belajar menjahit projek yang terbaru dan belajar berbagai jenis jahitan. Selain daripada itu, semua Pusat Latihan Kraftangan Epal juga mempunyai tutor-tutor (pengajar) yang mesra serta berpengalaman dalam seni jahitan. Dari segi teknikal, di setiap pusat pun mempunyai seorang technician yang dilatih dengan mahir tentang servis mesin sampai membaiki.
Epal memperkenalkan system keahlian VIP kepada semua pengguna mesin jahit Epal. Pelbagai manfaat yang istimewa akan dinikmati oleh Ahli VIP Epal termasuk kursus yuran percuma, peluang perniagaan, pertandingan menjahit dan pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan dari mas ke semasa. Epal juga menawarkan peluang francais kepada Ahli VIP Epal yang telah berjaya menyempurnakan projek jahitan lanjutan dan memenuhi kuota pemasaran yang telah ditetapkan.
Misi Menyokong dan mendorong manusia untuk membina keluarga yang lebih bahagia dan sejahtera melalui kreativiti dalam mengekspresikan kasih sayang.
Visi Setiap rumah tangga ada pelanggan Epal yang puas dan bahagia.
Ciri-ciri khas Perniagaan Melalui Konsep perniagaan Epal, kami menciptakan peluang perniagaan untuk individu-individu yang berminat menjadi rakan Epal. Kami membina, melatih dan menyokong rakan-rakan Epal untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bahagia.
|